◉ HEADLINES

Shamsul Iskandar, Albert Tei direman enam hari

Tempoh reman berakhir pada 5 Disember ini

12:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tai, ditahan direman selama enam hari, berakhir 5 Disember ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Fatin Muneerah Sofian di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Ia disahkan oleh peguam peguam Yusmadi Yusoff dan Mahajoth Singh, yang masing-masing mewakili Shamsul Iskandar dan Tei.

Terdahulu, Albert, dibawa ke mahkamah pagi tadi bersama dengan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ketika mengulas mengenai tahanan reman ke atas Shamsul Iskandar, Yusmadi berkata mahkamah mengambil kira keadaan kesihatan anak guamnya yang menghidap kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung dalam menentukan tempoh reman.

“Laporan rawatan daripada Institut Jantung Negara (IJN) telah kita kemukakan, jadi kita berharap siasatan ini dapat disiapkan dengan cepat,” katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Kehakiman.

Semalam, SPRM telah menahan Shamsul Iskandar, Albert dan seorang wanita, Sofia Rini Buyong bagi membantu siasatan kes tohmahan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan kes dakwaan pemberian rasuah oleh Albert Tei atau nama sebenar Tei Jiann Cheing kepada Shamsul Iskandar bagi mendapatkan semula wang yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Sabah.

Jelasnya, Shamsul Iskandar ditahan Ibu Pejabat SPRM pada jam 12.51 tengah hari semalam ketika hadir bagi memberikan keterangan.

“Albert Tei yang pada mulanya dijangka hadir (memberi keterangan) pada 1 Disember telah dimaklumkan untuk hadir lebih awal namun demikian beliau enggan hadir lebih awal dan enggan memberi kerjasama dengan siasatan dijalankan SPRM,” katanya.

Albert, katanya, ditahan di rumahnya di Puchong pada 10.15 pagi semalam dan penahanan itu dilakukan berikutan beliau orang paling penting bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Azam berkata SPRM juga telah menyerahkan notis Seksyen 28A (9) Kanun Prosedur Jenayah kepada Albert yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa yang menyiasat bagi menafikan hak tertuduh untuk berhubung dengan peguam dan mana-mana pihak lain.

Sementara itu, Sofia Rini pula, telah ditahan pada 10.30 malam semalam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan dan permohonan reman terhadap wanita itu dibenarkan selama empat hari hingga Isnin ini oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin. – 29 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related