◉ HEADLINES

Peguam Albert Tei mempunyai bahan bukti berkaitan siasatan: SPRM

SPRM berkata memanggil individu yang mempunyai maklumat relevan adalah prosedur siasatan standard dan tidak menjejaskan kemampuan peguam untuk mewakili anak guamnya

3:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peguam yang mewakili ahli perniagaan Albert Tei, Mahajoth Singh mempunyai bahan bukti yang berkaitan dengan siasatan, justeru beliau mempunyai kewajipan undang-undang untuk mengemukakannya apabila dikehendaki di bawah Seksyen 30(3) Akta SPRM 2009.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keingkaran berbuat demikian boleh dianggap sebagai menghalang penjawat awam menjalankan siasatan, iaitu satu kesalahan di sisi undang-undang.

Justeru, SPRM menafikan dakwaan Lawyers for Liberty (LFL) berhubung notis yang dikeluarkan kepada peguam Mahajoth Singh dalam siasatan melibatkan Albert Tei sebagai ‘tindakan di luar undang-undang’

“Notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 30(1) Akta SPRM 2009, yang memberi kuasa kepada SPRM untuk menghendaki mana-mana orang hadir serta mengemukakan dokumen atau rakaman yang diperlukan bagi membantu siasataN.

“Keistimewaan komunikasi peguam–anak guam hanya melindungi nasihat undang-undang yang sulit, namun ia tidak mengecualikan peguam daripada hadir di hadapan pegawai penyiasat, melindungi bahan atau dokumen yang tidak berkaitan dengan nasihat undang-undang atau menghalang siasatan jika peguam tersebut merupakan saksi material.

“Oleh itu, dakwaan intimidasi adalah tidak berasas. Notis tersebut merupakan proses statutori biasa dan sama sekali tidak menjejaskan kemampuan peguam untuk mewakili anak guamnya.

“Memanggil individu yang mempunyai maklumat relevan adalah prosedur siasatan standard,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Lawyers for Liberty (LFL), mendakwa SPRM menyalahgunakan kuasa penyiasatannya apabila memanggil peguam kepada Albert Tei untuk disoal siasat berhubung siasatan rasuah yang sedang dijalankan.

Menurut pengarahnya, Zaid Malek, peguam Mahajoth Singh menerima notis pada kira-kira jam 9.50 malam semalam yang mengarahkannya hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini bagi memberi keterangan dalam siasatan yang melibatkan kliennya sendiri.

Zaid mendakwa SPRM bertindak di luar undang-undang apabila memanggil peguam kepada Albert untuk disoal siasat berhubung siasatan skandal melibatkan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Dalam pada itu, SPRM berkata, notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 30(1) Akta SPRM 2009, yang memberi kuasa kepada SPRM untuk menghendaki mana-mana orang hadir serta mengemukakan dokumen atau rakaman yang diperlukan bagi membantu siasatan.

Jelasnya, tiada pengecualian diberikan kepada mana-mana pengamal undang-undang, dan dakwaan sebaliknya adalah tidak berasas dari sudut undang-undang.


SPRM menegaskan sebarang sekatan sementara terhadap akses kepada tahanan adalah tertakluk kepada Seksyen 28(A)8 Kanun Tatacara Jenayah serta keperluan operasi bagi melindungi integriti siasatan, selaras dengan undang-undang dan tidak luar biasa dalam kes yang sensitif.

“Memutarbelitkan prosedur sah sebagai “tindakan tanpa undang-undang” adalah tidak bertanggungjawab dan boleh mengelirukan orang awam.

“SPRM akan terus melaksanakan peranan dan tugasnya secara berkecuali, profesional, dan dalam ruang lingkup undang-undang sepenuhnya,’’ katanya. – 30 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related