◉ HEADLINES

Nanta Linggi galas tugas, fungsi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mulai esok

Perkembangan itu berikutan bulan lalu, Ewon yang juga Presiden UPKO mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri Kabinet

11:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi akan mula menjalankan tugas dan fungsi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkuat kuasa esok, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata keputusan itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada Jumaat lalu.

“Perdana Menteri memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang pada Jumaat lalu bahawa Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya menjalankan tugas dan fungsi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkuat kuasa 3 Disember 2025,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsul Azri berkata, kerajaan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan Datuk Ewon Benedick sepanjang tempoh memegang jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Bulan lalu, Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri Kabinet.

Tindakan Ahli Parlimen Penampang itu dilakukan ketika parti di Sabah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Ewon dalam satu laporan media dipetik sebagai berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi tumpuan kepada urusan politik di Sabah dan memperkukuh kedudukan UPKO sebagai parti tempatan dalam landskap politik negeri berkenaan. – 2 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related