◉ HEADLINES

‘Orang itu digari dengan baju oren. Tidak puas hati lagi ke?’, PM tempelak pembangkang berkait Shamsul Iskandar

PM menegaskan tidak pernah mempertahankan kakitangannya malah memberi kebebasan penuh kepada SPRM untuk menyiasat

11:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Orang itu digari dengan baju oren. Tidak puas hati lagi ke’? demikian respon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pembangkang yang masih tidak berpuas hati dengan penahanan bekas Setiausaha Politik Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata, bekas pembantunya itu ditahan sama seperti suspek lain dan tidak diberi ‘layanan istimewa’ oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegas Perdana Menteri, beliau sama sekali tidak mempertahankan Shamsul Iskandar, malah bekas kakitangannya itu juga menjalani proses tangkapan termasuk digari.

Anwar sekali lagi turut menegaskan tiada campur tangan atau ‘teguran’ oleh pihaknya terhadap SPRM, malah diberi kebebasan sepenuhnya sepanjang proses siasatan terbabit.

“Dalam kes yang sekarang disiasat SPRM. Cuba lihat, hendak suruh buat apa lagi? Orang itu digari dengan baju oren. Saya rasa banyak kes berat yang lain tidak digaripun.

“Tidak puas hati lagi ke? Jadi saya (rasa) setakat itu dan saya tidak tegur sepatahpun kepada SPRM. Saya sudah bagitahu, dia bebas untuk siasat, dia siasatlah. Dia nak suruh apa lagi?

“Saya tidak pertahankan staf (kakitangan) saya. Saya hendak tanya mengapa hendak pertahankan orang lain?”

Perdana Menteri berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 29 November lalu SPRM menahan Shamsul Iskandar bagi membantu siasatan kes dakwaan pemberian rasuah oleh Albert Tei atau nama sebenar Tei Jiann Cheing kepadanya bagi mendapatkan semula wang yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah.

Sebelum itu, Shamsul mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri pada 25 November. – 2 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related