◉ HEADLINES

‘Tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang’ PM ucap takziah atas pemergian Bung Moktar

Perdana Menteri berkata, jasa serta komitmen Allahyarham dalam arena politik, khususnya terhadap rakyat Sabah dan negara, akan terus dihargai dan terpahat dalam ingatan

10:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebagai sahabat lama, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dikenang sebagai tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, jasa serta komitmen Allahyarham dalam arena politik, khususnya terhadap rakyat Sabah dan negara, akan terus dihargai dan terpahat dalam ingatan.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Pengerusi Barisan Nasional Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan dan AdunN Lamag, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi,’’ katanya menerusi hantaran di media sosialnya hari ini.

Perdana Menteri turut mendoakan agar keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini, dan semoga rohnya diampunkan segala dosa serta ditempatkan pada kedudukan yang istimewa di sisi-Nya.

Bung Moktar, 66, yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag pada PRN Sabah ke-17 baru-baru ini, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi ini.

Anaknya, Naim Kurniawan Moktar, mengumumkan pemergian bapanya dalam satu hantaran di Facebook.

Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Likas, selepas solat Jumaat hari ini. – 5 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related