◉ HEADLINES

PM arah KPN sediakan laporan kes tembak di Melaka, kematian tahanan 

Jemaah Menteri mengalu-alukan ketegasan PDRM dalam mengambil tindakan namun setiap aduan salah laku mesti disiasat

4:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menyediakan laporan yang terperinci berhubung kejadian tembak di Melaka dan kes kematian tahanan.

Menurut Perdana Menteri, Mohd Khalid diarahkan menyampaikan laporan yang terperinci, telus, terbuka dan profesional kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung kes itu.

“Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara meneruskan siasatan secara telus dan tidak melindungi sesiapa.

“Kita tidak melindungi penjenayah, tetapi kita juga tidak melindungi sebarang tindakan, termasuk oleh anggota polis, yang bertentangan dengan proses negara hukum,’’ katanya selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,500 jemaah di Masjid Cyberjaya 10, di Cyberjaya, hari ini.

Anwar juga memberitahu Jemaah Menteri mengalu-alukan ketegasan PDRM dalam mengambil tindakan terhadap penjenayah serta sebarang pelanggaran undang-undang.

Namun, beliau menegaskan setiap aduan berkaitan salah laku atau ketidakpatuhan prosedur dalam kes berkenaan mesti disiasat secara terbuka.

Media sebelum ini melaporkan tiga lelaki, dipercayai suspek kes samun paling dikehendaki ditembak mati selepas menyerang anggota polis ketika cuba ditahan dalam operasi di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal, awal pagi 24 November lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, dilaporkan berkata ketiga-tiga suspek ditembak mati selepas menetak seorang koperal yang cuba menahan mereka dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, sehingga anggota polis mengalami kecederaan serius pada tangan kiri.

Pada Rabu, pasukan peguam yang mewakili keluarga tiga lelaki itu menuntut Bukit Aman menyiasat kematian mereka dan mendakwa mangsa dibunuh secara ‘execution style’ berdasarkan bukti audio dan forensik.

Peguam turut mendedahkan rakaman audio berdurasi 13 minit yang didakwa dirakam semasa kejadian dan bercanggah dengan naratif polis berhubung kejadian itu.

Berikutan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, Bukit Aman akan mengambil alih siasatan kes berkenaan dan satu pasukan khas ditubuhkan di peringkat jabatannya. 

Sementara itu, media melaporkan Menteri Digital Gobind Singh Deo menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan dakwaan berhubung seorang pemandu lori yang meninggal dunia dalam tahanan polis tetapi tidak disiasat selepas lebih sembilan bulan. – 5 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related