◉ HEADLINES

Fahmi dedah murid 10 tahun minta gambar tidak senonoh guru

Kes ini menimbulkan kebimbangan serius kerana WhatsApp menetapkan umur minimum pengguna ialah 16 tahun

7:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mendedahkan seorang guru telah mengadu kepadanya mengenai mesej WhatsApp yang diterima daripada seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang meminta gambar tidak senonoh.

Menurutnya, kejadian yang berlaku di sekolah itu melibatkan seorang murid Tahun Empat.

“Dia menghubungi saya dan mengadu bahawa muridnya telah menghantar mesej meminta gambar yang tidak senonoh daripadanya.

“Murid itu adalah murid Tahun Empat, jadi dia sudah pasti berusia di bawah 16 tahun,” katanya pada sidang media sempena Karnival Mega Kempen Internet Selamat hari ini.

Menurut Fahmi, kes ini menimbulkan kebimbangan serius kerana WhatsApp menetapkan umur minimum pengguna ialah 16 tahun bagi menggunakan platform berkenaan.

“WhatsApp sendiri mengenakan had (penggunaan untuk 16 tahun ke atas), dan tidak membenarkan kanak-kanak bawah 16 tahun menggunakannya.

“Jadi persoalannya ialah mengapa ia berlaku di WhatsApp, bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku? Terdapat banyak contoh, tetapi ini adalah salah satu yang paling dekat dengan saya kerana ia disampaikan kepada saya,” katanya.

Ditanya sama ada Kementerian Pendidikan sudah dimaklumkan mengenai perkara itu, Fahmi berkata kementerian tersebut sudah mengetahui tentang aduan tersebut.

“Saya percaya Kementerian Pendidikan sedar tentang perkara-perkara seperti ini,” katanya.

Isu serius seperti ini, katanya, perlu ditangani melalui cadangan menyekat penggunaan media sosial bagi kanak-kanak di bawah usia 16 tahun.

“Kami berharap isu seperti ini dapat ditangani dengan sekatan penggunaan media sosial dan sistem pemesejan internet seperti WhatsApp,” katanya.

Pada Khamis, Fahmi berkata kerajaan sedang membangunkan peraturan untuk memastikan kanak-kanak bawah 16 tahun disekat daripada mengakses platform dalam talian dan kandungan untuk pengguna bawah 18 tahun adalah sesuai dengan umur.

Menurut Fahmi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang membangunkan 10 perundangan subsidiari di bawah Akta 866.

Perundangan itu, katanya memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan perlindungan kanak-kanak dalam talian termasuk kandungan yang bersesuaian dengan peringkat umur pengguna kanak-kanak. – 6 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

◉ Related