◉ HEADLINES

Mantan Imam Besar Masjid Negara meninggal dunia

Allahyarham Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, pernah berkhidmat selama 12 tahun sebagai Imam Besar Masjid Negara dan menjadi rujukan utama ilmu al-Quran

10:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dunia ilmu dan umat Islam negara hari ini kehilangan seorang tokoh besar apabila bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, kembali ke rahmatullah pada usia 81 tahun, awal pagi tadi.

Berita pemergian ulama disegani itu dikongsi melalui hantaran di Facebook Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sekitar jam 3 pagi, sekali gus mengundang kesedihan ramai pihak yang pernah berguru dan menerima bimbingannya.

“Dimaklumkan bahawa Tuan Guru kita semua, Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Syaikh Ismail bin Muhammad… baru sahaja kembali menghadap Allah SWT,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, urusan mandi dan kafan akan dilakukan selepas solat Subuh sebelum solat jenazah diadakan sekitar jam 9 pagi.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya.

Pemergian Allahyarham meninggalkan kekosongan besar dalam dunia dakwah dan ilmu al-Quran negara. Beliau bukan sahaja pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2021/1443H, malah merupakan Imam Besar Masjid Negara paling lama berkhidmat, iaitu selama 12 tahun sejak 2007 hingga 2019.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham dikenang sebagai figura yang tegas, berwibawa dan berilmu tinggi, selain memainkan peranan penting sebagai hakim Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. – 7 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related