◉ HEADLINES

Anggota polis ditempatkan di Kompleks Mahkamah KL, pantau aktiviti touting

Langkah itu diambil susulan aduan yang diterima pada 22 September lepas yang mendakwa wujudnya aktiviti touting melibatkan peguam serta individu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

8:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penempatan anggota polis di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur akan dilaksanakan secara penggiliran bagi menangani aktiviti touting (ulat mahkamah) yang didakwa melibatkan peguam dan individu.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam surat edaran kepada media memaklumkan, langkah itu diputuskan dalam perbincangan bersama Polis Cawangan Mahkamah Kuala Lumpur pada 8 Okt lepas, bagi penempatan anggota polis pada setiap mahkamah di kompleks mahkamah berkenaan.

“Tindakan job rotation (pusingan kerja) ini akan dijalankan selang beberapa bulan bagi memastikan risiko salah guna kuasa dapat diatasi,” menurut surat itu.

Langkah itu diambil susulan aduan yang diterima pada 22 Sept lepas yang mendakwa wujudnya aktiviti touting melibatkan peguam serta individu di kompleks mahkamah berkenaan.

Selain itu, tindakan mengehadkan dan mengetatkan kawalan serta akses orang awam di kawasan lokap mahkamah juga akan diambil, yang mana hanya peguam dan pihak Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Orang Kena Tuduh (OKT) sahaja akan dibenarkan untuk berjumpa dengan OKT di luar lokap tertakluk kepada kesesuaian keadaan semasa.

Tindakan pengawasan dan pemantauan juga akan dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak penyelia Mahkamah Kuala Lumpur untuk memastikan tiada petugas mahkamah yang terlibat dalam kegiatan seumpama itu.

“Sekiranya mana-mana pihak mempunyai aduan spesifik terhadap mana-mana petugas mahkamah, mohon perkara tersebut dikemukakan kepada pihak Mahkamah Kuala Lumpur untuk tindakan sewajarnya.

“Unit ini merakamkan jutaan terima kasih kerana membawa isu ini kepada perhatian pihak kami. Kami mengambil berat isu-isu yang dibangkitkan dalam surat tersebut dan tindakan sewajarnya akan diambil dari semasa ke semasa bagi menangani masalah ini,” menurut surat itu. – 7 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related