◉ HEADLINES

Naim Moktar, Jafry dijangka dicalon wakili BN PRK Kinabatangan, Lamag

Kematian Bung Moktar mencetus gelombang baharu apabila nama anak dan sekutu rapatnya muncul sebagai calon pilihan BN

9:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suasana politik Sabah dijangka kembali bergolak apabila Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag bakal berlangsung susulan pemergian tokoh politik berpengaruh, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Kekosongan dua kerusi yang sekian lama berada di bawah pengaruh Allahyarham membuka ruang kepada satu perebutan kuasa yang penuh simbolik – perebutan untuk meneruskan legasi hampir tiga dekad.

Di tengah-tengah kesedihan yang masih menyelubungi Umno Sabah, nama-nama calon pengganti mula berlegar. Antara yang paling hangat diperkatakan ialah anak arwah sendiri, Mohd Naim Kurniawan Moktar, Ketua Pemuda Umno Kinabatangan, serta tokoh yang dianggap tangan kanan Bung Moktar, Datuk Jafry Ariffin, Ketua Umno Sabah yang baharu.

Sumber dalaman parti menyebut, peluang besar terbuka untuk Mohd Naim mengisi kerusi DUN Lamag – kerusi yang baru sahaja dimenangi arwah buat penggal kedua pada PRN17, hanya beberapa hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Jafry pula dijangka menjadi taruhan BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan, kubu kuat Bung Moktar sejak 1999.

Segala persoalan mengenai tarikh PRK bakal terjawab selepas Mesyuarat Khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 16 Disember ini, susulan pengesahan notis kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi tersebut.

Pemergian Bung Moktar pada Jumaat lalu di Hospital Gleneagle Kota Kinabalu mengejutkan banyak pihak. Beliau baru sahaja meraih kemenangan tipis 153 undi di DUN Lamag, menewaskan pencabar terdekat dalam pertembungan enam penjuru.

Di peringkat Parlimen pula, beliau mempertahankan Kinabatangan buat kali keenam pada PRU15 dengan majoriti selesa 4,330 undi.

Kini, tumpuan beralih kepada dua figura yang paling rapat dengan arwah. Mohd Naim, yang dilihat mewarisi ketokohan ayahnya, dan Jafry, yang setia bersama Bung Moktar ketika Umno Sabah diuji hebat selepas kejatuhan BN pada 2018. Kedua-duanya dianggap simbol kesinambungan perjuangan yang ditinggalkan arwah.

Malah, ada suara-suara dalam kalangan penyokong setia mencadangkan agar parti-parti lain tidak bertanding langsung – sebagai tanda penghormatan kepada jasa Bung Moktar yang hampir 30 tahun membangunkan Kinabatangan.

PRK kali ini bukan sekadar soal politik. Ia adalah soal warisan, kesetiaan, dan perjuangan yang belum selesai. – 11 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Jakim, Islamic affairs get RM2 bil under Budget 2025

This includes maintenance for educational infrastructure under dept, increased Kafa teacher quota, rehabilitation for GISB kids

◉ Related