◉ HEADLINES

Anwar terkesan dengan musibah banjir, gesa rakyat berwaspada

Tindakan segera Kerajaan Madani termasuk hebahan SMS kecemasan, bantuan kebajikan dan kawalan paras air yang dipantau rapi

9:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita mendalam terhadap musibah banjir yang kini melanda beberapa negeri hingga menjejaskan ribuan mangsa.

“Saya amat terkesan dengan musibah banjir yang melanda serta nasib mangsa-mangsa yang terjejas,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook hari ini.

Beliau menegaskan rakyat perlu sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila diarahkan, demi keselamatan diri dan keluarga.

“Mohon mendoakan agar musibah ini segera reda dan mangsa banjir dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” ujarnya.

Kerajaan Madani melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menggerakkan tindakan segera bersama pelbagai agensi – termasuk hebahan awal SMS kecemasan oleh MCMC, penyaluran bantuan kebajikan dan keperluan asas oleh JKM, serta pengoperasian pam kecemasan oleh JPS bagi mengawal paras air.

Situasi banjir akan terus dipantau rapi dan bantuan disalurkan secepat mungkin.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu mangsa.

Setakat jam 7 pagi ini, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 14,905 orang membabitkan 4,837 keluarga yang kini berlindung di 110 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri.

Portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula merekodkan paras air di 11 sungai mencatat bacaan tahap bahaya di Pahang, manakala Kelantan pula satu) dan Sarawak (dua).

Stesen terbabit di Pahang ialah Sungai Pahang di Jerantut Feri; Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut; Sungai Belat di Sri Damai, Sungai Kuantan di Kuantan By Pass, Sungai Soi di Jln Pekan, Sungai Pahang di Kuala Tembeling, Jerantut; Sungai Lepar di Jam Gelugor, Kuantan;Sungai Pahang di Waterfront, Bera; Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran; Sungai Keratong di Kampung Rekoh, Rompin, Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh.

Manakala di Sarawak, Marudi dan Long Teru, Miri dan di Kelantan membabitkan Sungai Lebir di Kuala Tualang, Kuala Krai. – 19 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related