◉ HEADLINES

Objek ‘mencurigakan’ di gereja di Singapura disahkan tidak berbahaya: polis

Polis sebelum itu mengarahkan gereja tersebut dikosongkan dan orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan lokasi berkenaan berikutan penemuan objek yang mencurigakan

12:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa Singapura mengesahkan objek ‘mencurigakan’ yang ditemui di Gereja St Joseph di Bukit Timah, awal hari ini didapati tidak berbahaya dan keadaan di kawasan berkenaan terkawal.

Menerusi kenyataan dalam Facebook, Pasukan Polis Singapura (SPF) memaklumkan operasi polis masih diteruskan di kawasan berkenaan dan orang ramai dinasihatkan supaya menjauhinya sehingga dimaklumkan kelak.

“Polis dan Kumpulan Pertahanan Kimia, Biologi, Radiologi dan Bahan Letupan (CBRE DG) Angkatan Tentera Singapura telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap objek mencurigakan tersebut dan mendapati ia tidak berbahaya,’’ katanya.

Terdahulu, dalam satu hantaran di Facebook, polis berkata pihak berkuasa dimaklumkan mengenai objek mencurigakan pada jam 7.10 pagi dan berikutan itu pasukan tentera khas telah dikerahkan ke situ.

Susulan itu, gereja tersebut telah dikosongkan dan orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan lokasi itu sehingga diberitahu kelak.

Notis di laman web gereja tersebut juga memaklumkan semua acara misa yang dirancang hari ini dibatalkan.

Gereja berkenaan juga pernah menjadi lokasi kejadian tikam tahun lalu, apabila seorang paderi berusia 57 tahun ditikam semasa upacara misa. – 21 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

◉ Related