◉ HEADLINES

PAS sambut cadangan MN, dengan syarat Umno keluar PH: Sanusi

Cadangan Ketua Pemuda Umno agar PN dibubarkan dan Muafakat Nasional (MN) diwujudkan semula disambut PAS, namun parti itu menegaskan hanya akan mempertimbangkannya jika Umno-BN terlebih dahulu meninggalkan gabungan PH

11:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menggegarkan gelanggang politik apabila mengajak ahli dan penyokong Umno berganding bahu bersama PAS menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Menteri Besar Kedah itu menegaskan PAS sentiasa terbuka menerima sokongan ahli Umno yang mahu bersama perjuangan parti Islam itu, meskipun mereka masih berada dalam struktur dan organisasi Umno.

“Kita ajak kawan-kawan kita dalam Umno. Kita alu-alukan orang Umno yang mahu bersama kita dalam PAS. Walaupun mereka masih dalam Umno, berorganisasi dalam Umno dan ketua mereka pemimpin Umno, kita percaya khususnya orang Umno di Sik yang celik dan cerdik akan tahu siapa yang hendak diundi.

“Dalam PRU16 nanti, saya yakin mereka akan bersama PAS,” katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Sik dan Pengerusi PN Kedah.

Sanusi mengingatkan bahawa hubungan baik antara ahli PAS dan Umno yang pernah terjalin melalui Muafakat Nasional (MN) perlu dihidupkan kembali dalam suasana saling menghormati.

“Masa MN dulu, kenduri rumah orang Umno , orang PAS yang sampai awal walaupun kenduri itu kenduri Umno. Kita jadi kawan macam adik-beradik ketika itu. Suasana itu boleh diwujudkan kembali,” katanya.

Beliau menekankan kesatuan umat Islam harus terus diperkukuh kerana asas perjuangan mereka sama.

“Kita sekampung, diibaratkan adik-beradik. Kita harap perkara itu berkekalan kerana kita semua satu akidah, satu kiblat dan satu kariah. Kita tidak pilih bulu, kita beri layanan yang sama dan adil kepada semua parti,” katanya, sambil menggesa ahli PAS bekerja keras memenangkan parti pada PRU16.

Seruan Sanusi itu muncul selepas Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dengan lantang mencadangkan agar Perikatan Nasional (PN) dibubarkan dan Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula susulan pergolakan di Perlis.

Cadangan berani itu segera disambut Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, yang menegaskan parti sedia mempertimbangkannya – namun dengan syarat keras: Umno-BN mesti terlebih dahulu mengisytiharkan keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH). – 29 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related