◉ HEADLINES

Bersatu tidak khianat, PAS wajar kekal dalam PN : Ketua Dewan Ulama PAS Perlis

Ahmad Adnan menekankan buat masa ini gabungan paling ideal ialah bersama Bersatu justeru gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) wajar dikekalkan

9:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meletakkan seluruh kesalahan ke atas Bersatu dalam krisis politik di Perlis adalah tidak adil malah risiko yang tidak perlu termasuk perletakan jawatan juga sebenarnya boleh dielakkan, kata Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ahmad Adnan Fadzil.

Malah Ahmad Adnan menekankan buat masa ini gabungan paling ideal ialah bersama Bersatu, justeru gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) wajar dikekalkan.

PAS, katanya, belum mampu untuk menang pilihan raya dengan kekuatan sendiri sepenuhnya meskipun tidak dinafikan kuat dari sudut jentera dan akar umbi namun ada beberapa perkara penting yang belum dimiliki termasuk keyakinan sebahagian rakyat serta faktor kemesraan politik.

“Kemenangan PAS selama ini banyak dibantu oleh faktor calon, kelemahan parti lawan serta polemik isu semasa dan atas sebab itu, PAS memerlukan gabungan bagi menampung kekurangan tersebut.

“Buat masa ini, gabungan paling ideal ialah bersama Bersatu. Perikatan Nasional (PN) wajar dikekalkan.

“Tiada sesiapa yang perlu meletakkan jawatan. Sebaliknya, ambillah kembali amanah yang ada, nilai semula kesilapan yang berlaku, dan lakukan pembetulan. Itulah jalan yang lebih matang dan bertanggungjawab,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Ahmad Adnan Fadzil – Gambar Facebook, 31 Disember, 2025

Semalam, empat Pengerusi Badan Perhubungan PN negeri mengumumkan peletakan jawatan masing-masing, mengikut jejak langkah diambil Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatan Pengerusi PN.

Antaranya termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Pengerusi PN Selangor. Beliau turut mengumumkan meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN berkuat kuasa Khamis ini.

Dalam pada itu, Ahmad Adnan turut mendakwa punca utama kemelut di Perlis ialah kegagalan pihak yang sepatutnya berperanan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan baik untuk berunding secara berkesan dengan Istana dalam isu perlantikan Menteri Besar yang baharu.

Kegagalan itu, kata Ahmad, menyebabkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail terpaksa menggunakan budi bicara baginda sepenuhnya.

“Akuan Bersumpah (SD) yang ditandatangani itu bukan dibuat di luar dan kemudian dibawa menghadap Tuanku Raja, sebaliknya ditandatangani di hadapan Tuanku Raja sendiri.

“Kejadian ini tidak akan berlaku sekiranya pihak yang diamanahkan memainkan peranan dengan sebaiknya sejak awal.
.
“Saya juga dimaklumkan pada saat-saat terakhir sebelum pengisytiharan Menteri Besar baharu daripada Bersatu, Tuanku Raja masih membuka peluang untuk Menteri Besar tersebut datang daripada PAS.

“Namun, Adun-Adun PAS gagal memainkan peranan sewajarnya apabila diajukan pilihan oleh Tuanku Raja,’’ katanya.

Justeru Ahmad berkata, Kerajaan Perlis wajar terus ditadbir seperti sebelumnya iaitu oleh Perikatan Nasional dengan barisan Exco daripada gabungan PAS dan Bersatu dengan perubahan hanya melibatkan jawatan Menteri Besar sahaja.

“PRK wajar dielakkan, kerana dalam keadaan kemelut yang sedang berlaku, PN berdepan kesukaran untuk meraih kemenangan buat masa ini,’’ katanya. – 31 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related