◉ HEADLINES

Azhan Md Othman dilantik Panglima Tentera Darat berkuatkuasa 1 Januari

Hafizuddeain Jantan sebelum ini sepatutnya mengambil alih jawatan Panglima Angkatan Tentera seperti diputuskan MAT ke 631 namun ditangguhkan selepas diarahkan bercuti

3:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Staf Markas Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman, telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa esok.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pelantikan itu dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke-631 yang diadakan pada 19 November 2025.

Pelantikan tersebut juga, katanya, telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember 2025.

“Pelantikan ini diyakini mampu memperkukuh kepimpinan Tentera Darat Malaysia serta meningkatkan keupayaan operasi Angkatan Tentera Malaysia dalam memenuhi tuntutan pertahanan negara kini dan masa hadapan,” katanya, menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, Khaled berkata, keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 mengenai pelantikan bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, sebagai Panglima Angkatan Tentera ditangguhkan.

Tegasnya, Hafizuddeain telah diarahkan bercuti bagi membolehkan proses siasatan pihak berkuasa dijalankan terhadap dakwaan yang telah dilaporkan melibatkan beliau.

“Pemangkuan tugas Panglima Angkatan Tentera akan dilaksanakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr) Zulhelmy Ithnain, selaras pengumuman yang dibuat pada 27 Disember lalu.

“Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa segala langkah yang dilaksanakan ini bertujuan menjunjung kedaulatan undang-undang serta memelihara integriti Angkatan Tentera Malaysia, sambil memastikan tugas mempertahankan kedaulatan negara terus dilaksanakan dengan berkesan,” katanya. – 31 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

Banned Rodrigo Holgado eyes JDT move if FIFA suspension is overturned

Malaysian international Rodrigo Holgado could join Johor Darul Ta'zim (JDT) if the Court of Arbitration for Sport (CAS) rules in his favour, potentially ending his FIFA-imposed suspension and opening a new chapter in his professional career

◉ Related