◉ HEADLINES

Bekas ‘orang kuat’ Tun Mahathir, Khairuddin sertai PAS

Khairuddin sebelum ini merupakan bekas Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan

4:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang sebelum ini dikenali sebagai ‘orang kuat’ Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyertai PAS semalam.

Khairuddin, yang juga bekas Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan, menyerahkan borang keahlian PAS kepada Pesuruhjaya Pas Melaka, Zulkifli Ismail.

Turut berbuat demikian ialah bekas Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan, Datuk Dahlan Maamor, yang juga merupakan bekas wartawan bersama 56 individu lain.

Menerusi hantaran Zulkifli di Facebooknya, penyerahan borang keahlian PAS itu diadakan di Majlis Pelancaran Pusat Khidmat Muafakat Nasional (MN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal.

Dalam gambar-gambar yang dimuatnaik itu, turut kelihatan pada majlis penyerahan borang itu ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Perhubungan Bersatu Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

“Alhamdulillah, majlis ini turut mencatat sejarah apabila PAS Melaka menerima 56 orang ahli baharu, termasuk Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta bekas pengulas sukan dan wartawan TV3, Datuk Dahlan Maamor,’’ kata Zulkifli.

Penyerahan borang keahlian PAS itu diadakan serentak dengan perasmian Pusat Khidmat Muafakat Nasional (MN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal.

“Semoga penubuhan Pusat Khidmat ini menjadi wadah terbaik untuk memperkukuhkan perpaduan, memperjuangkan kebajikan rakyat serta memperkasa agenda Muafakat Nasional demi kesejahteraan ummah dan negeri Melaka,’’ katanya. – 1 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related