◉ HEADLINES

Harmoni, ekonomi dan pelancongan teras Malaysia baharu: PM

Perdana Menteri menegaskan komitmen Kerajaan Madani untuk memastikan keharmonian dalam kepelbagaian terus menjadi asas kemajuan negara, sambil memperkukuh ekonomi dan melonjakkan sektor pelancongan melalui kempen TMM 2026

9:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Madani akan terus memberikan komitmen bagi memastikan keharmonian dalam kepelbagaian kekal menjadi teras kemajuan negara, selain memperkukuh ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Beliau menekankan bahawa kerajaan akan melangkah ke hadapan penuh keyakinan bersama-sama rakyat dalam menyambut harapan baharu pada tahun ini, sebagai simbol kesatuan dan semangat kebersamaan.

“Inilah komitmen Kerajaan Madani untuk Malaysia. Selamat Tahun Baharu!” katanya dalam satu hantaran menerusi Facebook malam tadi, yang turut disertakan dengan mesej penuh optimisme.

Dalam hantaran sama, Anwar turut memuat naik video berdurasi satu minit 47 saat yang memaparkan beliau meraikan sambutan tahun baharu bersama rakyat Malaysia. Kehadiran beliau di tengah masyarakat menjadi simbol keterhubungan kepimpinan dengan rakyat.

Sambutan itu turut menjadi pemangkin awal kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026), yang dijangka menjadi agenda besar dalam memacu sektor pelancongan negara.

Kempen TMM 2026 membuka tirainya secara rasmi menerusi penganjuran Visit Malaysia 2026 Countdown Festival, iaitu sambutan ambang tahun baharu berskala besar yang berlangsung meriah di Pavilion Kuala Lumpur.

Festival kira detik yang disertai Anwar menandakan permulaan kepada usaha memacu momentum awal sektor pelancongan negara ke arah sasaran 43 juta ketibaan pelawat antarabangsa, selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelancong dunia. – 2 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related