◉ HEADLINES

Suri rumah, penganggur didakwa cuba bunuh suami

N. Egavalli, 46, dan teman lelakinya R. Kamala Sarna, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan serentak di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee

1:31 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah dan penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh suami wanita terbabit pada akhir  Disember lepas.

N. Egavalli, 46, dan rakan lelakinya R. Kamala Sarna, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan serentak di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan cubaan membunuh terhadap G. Kumaresan, 48, (suami tertuduh wanita), dengan cara menutup muka mangsa menggunakan sebiji bantal yang boleh menyebabkan kematian di Taman Ehsan, Johor Bahru, kira-kira 9.30 malam, 22 Dis lepas.

Pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Nevina, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, K. Bharathi.

Mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 setiap seorang dengan syarat dua penjamin warganegara bagi setiap tertuduh, menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di balai polis berdekatan dan tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 3 Feb depan untuk sebutan semula kes. – 2 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related