◉ HEADLINES

SARA RM100 dikredit pada 9 Februari : Anwar

SARA akan melibatkan 22 juta rakyat Malaysia dan untuk persiapan Ramadan serta sambutan Tahun Baharu Cina

12:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada semua warganegara dewasan berusia 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat perutusan Tahun Baharu 2026 dan Perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, berkata, ia melibatkan seramai 22 juta rakyat.

“Bantuan ini dikreditkan pada 9 Februari bagi maksud persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Manakala SARA bulanan sehingga RM200 akan disalurkan bermula 9 Januari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberitahu, sumbangan SARA untuk penerima miskin tegar akan dikreditkan pada 9 Januari manakala bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 iaitu berjumlah sehingga RM500 akan dikreditkan pada 20 Januari ini. 

Dalam pada itu, Anwar memberitahu, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 akan dikreditkan pada 13 Januari kepada semua pelajar sekolah dan diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam.

Ia bagi membantu keluarga membuat persiapan menghadapi sesi persekolahan baharu.

“Bantuan meliputi pelajar sekolah rendah dan menengah, termasuk Tingkatan Enam itu bertujuan meringankan perbelanjaan awal persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa,” katanya. – 5 Januari, 2026

 

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related