◉ HEADLINES

Upacara kalungan bunga di makam Ataturk protokol rasmi tuan rumah: Anwar

Perdana Menteri menjelaskan penghormatan itu wajib bagi semua ketua kerajaan yang berkunjung ke Türkiye

1:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa upacara meletakkan kalungan bunga di makam pengasas Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk, adalah sebahagian daripada protokol rasmi kenegaraan yang wajib dipatuhi oleh setiap ketua kerajaan yang melakukan lawatan rasmi ke negara itu.

Beliau menekankan bahawa pelaksanaan upacara tersebut tidak membawa sebarang mesej politik, meskipun secara peribadi beliau tidak sependapat dengan beberapa dasar dan tindakan Ataturk.

“Saya rasa tidak ramai yang benar-benar memahami perkara ini. Hakikatnya, semua ketua negara atau kerajaan yang melakukan kunjungan rasmi ke Turkiye diwajibkan mengikuti upacara tersebut,” katanya dalam sidang media pada hari terakhir lawatan rasmi ke Turkiye yang bermula 6 Januari lalu.

Anwar menjelaskan, kekeliruan serta kritikan yang timbul dalam kalangan segelintir rakyat Malaysia berpunca daripada kurangnya pemahaman terhadap latar sejarah dan konteks zaman tokoh berkenaan.

Menurut beliau, penilaian terhadap Ataturk perlu dilihat berdasarkan realiti sejarah awal abad ke-20, khususnya selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah susulan Perang Dunia Pertama.

“Usaha ini bertujuan melemahkan dan menghapuskan empayar tersebut. Dalam keadaan itu, Mustafa Kemal memimpin gerakan ketenteraan yang berjaya menangkis pencerobohan dan mengalahkan beberapa kuasa penjajah,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar menegaskan masyarakat Turkiye melihat Ataturk sebagai tokoh yang mempertahankan tanah air daripada dijadikan wilayah jajahan Eropah, dan persepsi inilah yang membentuk penghormatan tinggi terhadapnya hingga ke hari ini.

Bagaimanapun, beliau secara terbuka menyatakan ketidaksetujuan terhadap beberapa keputusan dan dasar Ataturk yang berkaitan dengan Islam, termasuk isu perubahan bahasa azan, tulisan serta aspek pentadbiran.

“Ada dasar dan keputusan beliau yang saya tidak setuju dan tidak selari dengan pendirian saya, tetapi sumbangan beliau dalam menyelamatkan negara itu daripada dijajah tidak boleh dipadamkan,” katanya lagi.

Mengulas kecaman yang dilemparkan terhadap dirinya di Malaysia, Anwar menyifatkan ia berpunca daripada sikap tergesa-gesa membuat penilaian tanpa kefahaman sejarah yang mendalam.

“Hakikatnya, ia adalah sebahagian daripada protokol rasmi lawatan kenegaraan ke Turkiye sebagai penghormatan kepada tokoh yang amat dihormati rakyat negara ini atas peranannya mempertahankan kedaulatan Turkiye.

Menilai perkara ini tanpa memahami konteks sejarah hanya mencerminkan kedangkalan ilmu dan kegopohan menghukum, sedangkan sejarah menuntut kefahaman yang lebih adil dan matang,” katanya yang turut memuat naik penjelasan itu di laman Facebook. – 9 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related