◉ HEADLINES

Skandal “parti yeye”: 20 pegawai TUDM dalam siasatan

Norazlan beri amaran budaya tidak bermoral akan dibanteras habis‑habisan

4:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sekurang‑kurangnya 20 pegawainya terbabit secara langsung dalam dakwaan penganjuran parti liar di pangkalan tentera, sekali gus mencetuskan skandal terbaru dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Sri Norazlan Aris, berkata penemuan itu dibuat hasil siasatan awal susulan dakwaan tular berhubung aktiviti tidak bermoral membabitkan anggota perkhidmatan.

“Siasatan awal mendapati seramai 20 orang Pegawai TUDM yang telah terlibat secara langsung di dalam aktiviti tidak bermoral ini.

“TUDM akan memastikan pelaku dibicara dan diadili menurut lunas dan peruntukan Perundangan ATM.
Perlu ditegaskan, budaya tidak sihat tersebut bukanlah suatu amalan bagi TUDM,” katanya dalam kenyataan.

Norazlan menegaskan TUDM memandang serius sebarang pelanggaran peraturan dan arahan perkhidmatan, dengan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana‑mana pegawai yang melanggarnya.

Tiga hari lalu, beliau mengumumkan siasatan dilancarkan selepas dakwaan pegawai terbabit parti liar melibatkan minuman beralkohol dan kehadiran peneman wanita di kawasan kem tentera.

Aktiviti yang digelar “parti yeye” mula diperkatakan di media sosial hujung minggu lalu apabila gambar kejadian didakwa dirakam di dewan mes pegawai Pangkalan Udara Subang, Selangor, tular.

Beberapa pengguna turut mendakwa pegawai berpangkat rendah dipaksa menyediakan minuman beralkohol serta membawa wanita dari luar kem untuk memenuhi kehendak pegawai atasan.

Susulan dakwaan itu, Kementerian Pertahanan mengarahkan siasatan menyeluruh bagi meneliti kesahihan tuduhan berkenaan. – 10 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related