◉ HEADLINES

‘Jangan jadi liabiliti’ Pemuda PAS Pulau Pinang gesa Dominic lepas jawatan Pengerusi PN negeri

PAS Pulau Pinang menyifatkan Dominic tidak mempunyai inisiatif untuk menghidupkan parti gabungan berkenaan di Pulau Pinang dan digesa melepaskan jawatan

3:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang, Datuk Dominic Lau digesa melepaskan jawatan berkenaan kerana dilihat tidak mempunyai inisiatif untuk menghidupkan parti gabungan di negeri itu.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ibrahim Ani berkata, sekiranya Dominic tidak mahu membantu parti gabungan itu, beliau juga tidak sepatutnya menjadi liabiliti.

“Kenyataan oleh Gerakan bahawa pengerusi baru tidak semestinya dilantik kerana bilangan kerusi terbanyak dalam Parlimen sangat dangkal, kerana itulah yang menjadi kayu ukur utama dalam mengekalkan dan menambah kemenangan dalam pilihanraya akan datang.

“Jika hanya ingin menunjukkan kewujudan dengan mengeluarkan kenyataan separa matang, Pemuda PAS Pulau Pinang meminta agar Dominic Lau dapat melepaskan kerusi Pengerusi Perikatan Nasional Pulau Pinang seperti yang pernah dicadangkan oleh Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Dominic dalam kenyataannya mengenai pemilihan pengerusi PN berkata, Gerakan bersikap terbuka berhubung pemilihan jawatan tersebut dengan keutamaan harus diberikan kepada pemimpin yang mampu menyatukan semua parti komponen serta berupaya menarik sokongan masyarakat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi yang dipilih kelak, kata Dominic, perlu bersifat sederhana, inklusif dan boleh diterima segenap lapisan masyarakat.

Dominic berkata, parti itu tidak melihat jawatan Pengerusi PN berdasarkan parti mana yang memiliki jumlah kerusi Parlimen terbanyak, sebaliknya menilai kemampuan seorang pemimpin tidak kira dari parti mana dalam gabungan itu.

Jawatan Pengerusi PN kosong berikutan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melepaskan jawatan tersebut berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Berikutan itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang juga presiden PAS memaklumkan, PAS akan mengambil alih kepimpinan PN dan menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b) perlembagaan gabungan itu.

Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN menggesa supaya mesyuarat berkenaan antara lain bagi menerima dan mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin. – 13 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related