◉ HEADLINES

Siapa pengerusi baharu PN? Hadi, Muhyiddin bertemu bincang perkukuh gabungan

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sebagai tanda perpaduan ketika isu pengerusi PN yang baharu hangat diperkatakan

8:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketika isu berhubung siapa pengganti Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) hangat diperkatakan, beberapa pemimpin tertinggi gabungan itu telah mengadakan pertemuan hari ini.

Menerusi tiga keping gambar yang dimuatnaik dalam hantaran Facebook Muhyiddin, ia menunjukkan pertemuan berlangsung antara Muhyiddin yang juga presiden Bersatu, presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Setiausaha Agung Bersatu) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung PAS).

“Alhamdulillah. Kami berbincang dan bersepakat untuk mengukuhkan PN,’’ demikian kapsyen yang ditulis pada hantaran tersebut.

Muhyiddin bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut mengenai gambar tersebut, sekali gus mencetuskan pelbagai andaian sama ada PN sudah membuat keputusan mengenai siapa calon untuk menerajui gabungan itu.

PAS sebelum ini menggesa Mesyuarat Majlis Tertinggi PN diadakan untuk membolehkan pengerusi baharu PN dilantik.

Sebelum ini beberapa nama dalam kalangan pemimpin PAS disebut-sebut untuk menerajui kepimpinan PN. Selain Hadi, nama Tuan Ibrahim dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar disebut-sebut sebagai antara calon dalam kalangan parti itu.

Kekosongan jawatan Pengerusi PN berlaku susulan pengumuman Muhyiddin untuk meletak jawatan, berkuat kuasa 1 Januari 2026, selepas lebih lima tahun memimpin gabungan itu.

Pengunduran Muhyiddin turut disertai beberapa pemimpin Bersatu lain.

Mereka ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melepaskan jawatan Setiausaha Agung PN dan pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Pengerusi PN Perak) dan Mohamad Hanifah Abu Baker (Pengerusi PN Negeri Sembilan). – 16 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related