◉ HEADLINES

Hotel ‘mesra gay’: Pemilik mohon maaf, akur kesilapan

Pemilik hotel berusia 70-an akui kecuaian, lesen digantung serta merta MPHTJ

4:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Sapiah Haron mengesahkan pemilik sebuah hotel di Malim, Melaka yang tular kerana mempromosi konsep ‘mesra gay’ tampil bagi memohon maaf dan memberi penjelasan.

Beliau berkata pemilik berusia 70-an itu hadir kelmarin dan mengakui kandungan promosi di laman sesawang premis berkenaan berlaku akibat kecuaian pengurusan.

Kandungan kontroversi tersebut telah diturunkan serta-merta sebaik menyedari ia menimbulkan kecaman di media sosial.

Namun semakan lanjut mendapati hotel berkenaan turut gagal mendaftar dan membayar Caj Warisan bagi tahun 2024, selain memerlukan pelesenan tambahan untuk beberapa aktiviti lain.

“Kita telah mengarahkan pemilik premis mematuhi syarat kehadiran sekurang-kurangnya seorang pekerja tempatan di kaunter. Lesen perniagaan digantung sementara dan hanya akan dipulangkan setelah semua syarat dipatuhi sepenuhnya oleh pihak hotel,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menjelaskan, satu kompaun juga telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (Hotel) MPHTJ 2011.

Sapiah menegaskan pihak berkuasa akan terus menguatkuasakan peraturan secara adil dan berhemah bagi memastikan keharmonian masyarakat setempat tidak tergugat. – 17 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related