◉ HEADLINES

50 SIM Box, 5,000 kad SIM dirampas, syarikat telco digesa perketat kawalan pendaftaran: MCMC

MCMC berkata ia disyaki digunakan untuk cipta akaun palsu dan penipuan digital

10:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejumlah 50 peralatan SIM Box dan 5,000 kad SIM berjaya dirampas dipercayai untuk tujuan jenayah dan penipuan dalam talian dalam satu operasi bersepadu membabitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kajang baru-baru ini.

MCMC dalam satu kenyataan berkata rampasan itu mendedahkan skala besar penyalahgunaan peralatan telekomunikasi sekali gus membuktikan negara sedang berdepan ancaman serius terhadap keselamatan pengguna dan integriti rangkaian komunikasi.

“Penggunaan SIM Box dan kad SIM pukal, termasuk kad SIM asing, sering disalahgunakan untuk mencipta akaun palsu secara besar-besaran, memintas kawalan keselamatan platform digital, serta memudahkan aktiviti penipuan dalam talian.

Ia disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 239 Akta 588, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali,” jelas kenyataan itu

Suruhanjaya itu turut menggesa penyedia perkhidmatan telekomunikasi memperketatkan kawalan pendaftaran kad SIM bagi menjamin keselamatan digital rakyat.

“MCMC akan terus bekerjasama rapat dengan PDRM dan agensi penguatkuasaan lain bagi mencegah penyalahgunaan perkhidmatan telekomunikasi serta memastikan pematuhan kepada undang-undang,” katanya. – 31 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related