◉ HEADLINES

Dua penguatkuasa MBPP cedera, belon disita dari penjaja haram meletup

Kejadian dilaporkan berlaku ketika anggota berkenaan sedang mengeluarkan belon dari pikap MBPP

1:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) cedera selepas belon yang disita dalam satu operasi penguatkuasaan penjaja haram di kawasan sambutan Thaipusam secara tiba-tiba meletup dan terbakar malam tadi.

Memetik laporan Buletin TV3, kejadian berlaku kira-kira 10.45 malam di Ibu Pejabat Bahagian Pelesenan MBPP di Lebuh Union.

Kejadian itu, katanya berlaku ketika anggota Bahagian Pelesenan itu sedang mengeluarkan belon daripada pikap MBPP.

“Difahamkan, belon berkenaan disita daripada peniaga yang didapati tidak memiliki permit perniagaan dipercayai warga asing di Jalan Kebun Bunga di sini kira-kira jam 10.45 malam sebelum dibawa pulang ke premis berkenaan.

“Menurut sumber, peniaga dipercayai mengisi belon dengan gas hidrogen yang lebih murah serta mudah terbakar berbanding helium namun menolak untuk mengulas lanjut kerana siasatan mengenainya masih dijalankan,’’ katanya.

Kejadian itu turut menyebabkan dua anggota yang berada berhampiran melecur dengan seorang daripada mangsa dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut manakala seorang lagi cedera ringan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jason H’ng Mooi Lye memaklumkan MBPP akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu. – 2 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related