◉ HEADLINES

Pilihan raya PBT: Tiada keperluan wujudkan satu lagi lapisan kuasa politik – Ketua Umno Seputeh

Keutamaan sepatutnya diberikan kepada usaha memperkukuh perkhidmatan awam seperti kebersihan bandar, pengangkutan awam, penyelenggaraan infrastruktur serta kesejahteraan komuniti setempat

4:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno menolak pelaksanaan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana pelaksanaannya menuntut peruntukan kewangan yang besar sedangkan dana tersebut lebih wajar disalurkan kepada keperluan asas rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, ia juga disifatkan sebagai langkah politik yang berisiko dan boleh merugikan rakyat.

Tambahnya, keutamaan sepatutnya diberikan kepada usaha memperkukuh perkhidmatan awam seperti kebersihan bandar, pengangkutan awam, penyelenggaraan infrastruktur serta kesejahteraan komuniti setempat.

“Dari sudut pengurusan awam, mengalihkan sumber kepada proses politik tambahan bukanlah satu keutamaan yang rasional dalam keadaan ekonomi dan fiskal semasa,” katanya, lapor Umno Online.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP, memaklumkan kajian sedang dijalankan bagi proses pelaksanaan pilihan raya PBT.

Kajian dijalankan sejak Disember lalu selepas Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian dikemukakan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan pada November 2025 untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 bagi melaksanakan reformasi tadbir urus Kuala Lumpur.

Terdahulu, menerusi hantaran di Facebook, Yeoh mempertahankan cadangan kajian kebolehlaksanaan bagi pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan tidak seharusnya ada rasa takut dengan kajian yang dijalankan.

“Pendidikan tinggi mengajar kita meneliti dan memahami isu serta membuat kajian yang mendalam, bukan sekadar untuk lulus peperiksaan.

“Jika kita mahukan keputusan yang tepat dan meyakinkan, kita perlukan data dan fakta yang tepat,’’ katanya.

Dalam pada itu, Mohd Razlan memberitahu, bandar raya seperti Kuala Lumpur telah membangun dengan pesat dan terancang tanpa memerlukan pilihan raya PBT, sekali gus membuktikan model pentadbiran sedia ada berupaya memastikan kestabilan, kesinambungan dasar dan kecekapan pelaksanaan.

“Tiada keperluan untuk mewujudkan satu lagi lapisan kuasa politik yang boleh menyebabkan pertindihan bidang kuasa dan mencetuskan ketidaktentuan dalam sistem pentadbiran.

“Dalam masa sama agenda tersebut berpotensi menjejaskan kedudukan masyarakat Melayu khususnya di kawasan bandar.

“Struktur demografi dan realiti politik semasa menunjukkan pilihan raya PBT boleh membuka ruang kepada dominasi satu pihak, sekali gus menafikan prinsip keadilan sosial dan keseimbangan antara kaum.

“Jika dibiarkan, ia berisiko menghakis peranan masyarakat Melayu dalam menentukan hala tuju pembangunan bandar serta pengagihan sumber secara adil dan inklusif,” katanya. – 2 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related