◉ HEADLINES

Kes penemuan enam rangka manusia: Dua beradik didakwa bunuh seorang lelaki

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta jika tidak dihukum mati, 12 kali sebatan

11:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua beradik suspek penemuan enam rangka manusia berdepan tuduhan membunuh seorang lelaki tahun lalu selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Johor Bahru hari ini.

Kedua-dua suspek, R Arasan, 32, dan abangnya, R Utes, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan namun tiada pengakuan direkodkan dihadapan Majistret Nabilah Nizam.

Menurut kertas pertuduhan, mereka berdua didakwa membunuh V Thamil Selvan, 28, di sebuah rumah tidak bernombor dekat ladang kelapa sawit, Kangkar Pulai di sini, antara jam 12.30 tengah malam hingga jam 4 pagi, pada 15 September 2025.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta jika tidak dihukum mati, perlu disebat sehingga 12 kali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Latif, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Mohd Hamizi Mohd Yusof dan Mohamad Isa Mohamad Basir.

Mahkamah menetapkan 6 April depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat, toksikologi dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) serta tiada jaminan dibenarkan.

Sebelum itu, kedua-dua tertuduh yang juga suspek utama kes penemuan rangka manusia termasuk lima beranak di sebuah rumah yang terbakar di kawasan kebun kelapa sawit di Kangkar Pulai, tiba di Kompleks Mahkamah di sini, pada jam 9 pagi untuk menghadapi pertuduhan.

Tertuduh yang dipercayai mempunyai hubungan sebagai rakan kepada dua mangsa dewasa, menaiki kenderaan polis diiringi anggota polis termasuk pegawai penyiasat kes.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad semalam berkata, suami kepada seorang daripada mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada 9 Januari lalu, setelah menemui rangka manusia ketika mencari isteri dan anak-anaknya yang dilaporkan hilang.

Pasukan patologi forensik daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor menjalankan pemeriksaan serta bedah siasat ke atas rangka yang dijumpai di rumah terletak berhampiran sebuah kuil terbiar itu susulan penemuan itu.

Laporan siasatan mendapati enam rangka itu terdiri daripada seorang wanita dewasa berusia 35 tahun, seorang remaja perempuan 19 tahun, dua kanak-kanak perempuan sembilan dan lima tahun, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan seorang lelaki dewasa berusia 29 tahun. – 4 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related