◉ HEADLINES

Lembaga Disiplin Bersatu diperkuda untuk memburu Hamzah: Wan Saiful

Wan Saiful turut mempersoalkan kenapa Lembaga Disiplin tidak memanggil Azmin sedangkan sudah empat bulan berlalu sejak aduan dihantar

12:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa Lembaga Disiplin parti Bersatu menjadi ‘keldai tunggangan’ untuk memburu Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan fokus mencari salah Timbalan Presiden Bersatu itu.

Wan Saiful, yang dipecat dari parti turut mendakwa bahawa Datuk Mohammed Radzi Manan, selaku pengerusi Lembaga Disiplin memilih dalam menjalankan siasatan.

Beliau memberi contoh di mana aduan berkaitan salah laku Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dihantarnya pada 29 September lalu dan aduan itu diterima pada 30 September 2025.

Datuk Wan Saiful Wan Jan. – Gambar fail, 9 Februari, 2026

“Cop Bersatu dengan jelas menyatakan penerimaan aduan saya pada 30 September 2025.

“ Hari ini sudah lebih empat bulan aduan itu dihantar. Tapi sudah pastilah tidak ada apa-apa tindakan mereka ambil terhadap Azmin.

“Radzi Manan selaku pengerusi Lembaga Disiplin pula jelas sekali secara memilih-milih dalam menjalankan siasatan. Kalau dia rasa sesuatu aduan melemahkan kelompok mereka, maka aduan itu tidak dihiraukan.

“Tapi kalau aduan itu memperkukuh Muhyiddin dan Azmin, Radzi Manan berperangai macam monyet tertelan Viagra,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan Hamzah dipanggil oleh Lembaga Disiplin bagi siasatan berhubung dakwaan penglibatannya dalam kekecohan ketika Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) dan serangan terhadap Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu.

Hamzah dijangka dipanggil memberikan keterangan pada Khamis ini di Ibu Pejabat Bersatu.

Sementara Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah pula menjangkakan Bersatu akan memecat Hamzah susulan notis panggilan kali kedua yang dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin ke atas Ketua Pembangkang itu.

Menurut Saifuddin, tindakan itu tidak mengejutkan memandangkan sebelum ini wujud desakan daripada penyokong Muhyiddin supaya Hamzah dipecat.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, bagi menutup kesalahan Azmin, beliau sebagai pengadu dan saksi-saksi yang dinamakan dalam surat aduan itu dipecat selepas dua minggu aduan diterima.

“Itulah Lembaga Disiplin Bersatu di bawah Muhyiddin. Tidak bermaruah. Tidak beramanah.

“Itu baru satu aduan dari saya sendiri. Belum lagi kita bercakap mengenai aduan-aduan lain yang tidak dipedulikan. Tidak ada apa lagi yang boleh diharap dari Lembaga Disiplin Bersatu,’’ katanya. – 9 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related