◉ HEADLINES

Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat: Hannah

Perbincangan antara lain menyentuh mengenai kepentingan teknologi digital, khususnya rangkaian 5G sebagai tulang belakang dasar awam meliputi aspek keselamatan, kesiapsiagaan bencana dan kesejahteraan rakyat

1:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan perbincangan bagi memperkukuh hala tuju Kuala Lumpur sebagai bandar pintar, selamat, tahan tekanan krisis dan berpaksikan rakyat.

Menerusi hantaran di Facebook, Hannah berkata perbincangan yang diadakan bersempena dengan kunjungan hormat Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamed Salim Fateh Din ke pejabatnya itu hari ini, antara lain menyentuh tentang peranan teknologi 5G.

Hannah berkata dalam pertemuan berkenaan, beliau menegaskan kepentingan teknologi digital, khususnya rangkaian 5G sebagai tulang belakang kepada dasar awam meliputi aspek keselamatan, kesiapsiagaan bencana dan kesejahteraan rakyat.

Perbincangan, katanya, turut menyentuh keperluan integrasi teknologi pintar bagi mempercepat tindak balas kecemasan, meningkatkan keselamatan jalan raya melalui kerjasama strategik bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), perlindungan golongan warga emas serta memastikan kesinambungan komunikasi di terowong Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan lebuh raya.

“Bandar pintar bukan tentang siapa paling canggih. Bandar pintar ialah siapa paling bersedia melindungi rakyat ketika detik paling genting.

“Inilah komitmen Kuala Lumpur, iaitu memastikan teknologi bukan sekadar memudahkan kehidupan harian, tetapi menjadi perisai keselamatan warga pada saat paling kritikal,” katanya. – 9 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related