◉ HEADLINES

Sekatan ke luar negara hanya pada peminjam PTPTN yang bergaji tinggi tapi culas bayar hutang: Adam Adli

Sekatan ke luar negara bukan kepada peminjam baru yang menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan serta tergolong dalam kalangan B40 atau M40

2:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi tetapi culas membuat bayaran balik.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, ia bukan kepada peminjam baru yang menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi bagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.

“”Hanya peminjam berpendapatan tinggi atau mencukupi yang benar-benar culas dan menepati beberapa kriteria tertentu sahaja akan dikenakan sekatan perjalanan.

“Kerajaan sentiasa prihatin mengenai beban hutang serta kesukaran graduan dalam membuat bayaran balik pinjaman mereka sekiranya tidak berkemampuan,” katanya ketika menjawab soalan daripada Datuk Seri Ismail Muttalib (PN – Maran) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Ismail ingin mengetahui langkah kementerian membantu graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap, tetapi disenarai hitam untuk ke luar negara kerana gagal menjelaskan tunggakan PTPTN.

Adam Adli berkata, bagi meringankan beban graduan, tempoh penangguhan bayaran balik selama 12 bulan selepas tamat pengajian dikekalkan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan pendapatan stabil terlebih dahulu.

Peminjam yang tidak berkemampuan, katanya dibenarkan melakukan penstrukturan semula bayaran mengikut kemampuan kewangan sehingga umur 60 tahun.

Adam Adli berkata setakat ini, sejumlah RM77.5 bilion pinjaman dikeluarkan bagi membantu lebih 4.26 juta pelajar di seluruh negara.

Dalam pada itu, Adam Adli memberitahu, seramai 417,158 peminjam PTPTN dikategorikan sebagai culas dan masih lagi tidak membuat bayaran balik hutang mereka. – 9 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

Banned Rodrigo Holgado eyes JDT move if FIFA suspension is overturned

Malaysian international Rodrigo Holgado could join Johor Darul Ta'zim (JDT) if the Court of Arbitration for Sport (CAS) rules in his favour, potentially ending his FIFA-imposed suspension and opening a new chapter in his professional career

◉ Related