◉ HEADLINES

UM mula siasat pensyarah kanan didakwa ahli Freemason

Universiti Malaya sedang meneliti perkara berkenaan secara adil, telus dan berlandaskan peruntukan undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa

9:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan dalaman susulan dakwaan seorang pensyarah kanan institusi itu tular di media sosial sebagai pengikut kumpulan Freemason.

Universiti itu dalam satu kenyataan berkata pihaknya mengambil maklum isu berkenaan dan sedang meneliti perkara itu secara menyeluruh berlandaskan undang-undang sedia ada.

“UM memulakan siasatan dalaman bagi mendapatkan gambaran menyeluruh dan meneliti perkara berkenaan secara adil, telus dan berlandaskan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa.

“UM komited untuk memastikan setiap perkara ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik,” kenyataan itu menyebut.

UM turut menasihatkan orang ramai supaya memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang berjalan.

“Ini bagi mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan, demi menjaga integriti siasatan serta privasi semua pihak terlibat,” katanya.

Media melaporkan semalam, tular di media sosial dakwaan seorang pensyarah kanan dan isterinya sebagai pengikut Freemason serta gaya hidup pasangan berkenaan hingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya. – 12 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related