◉ HEADLINES

PN gesa kerajaan tubuh RCI, siasat perjanjian mega bernilai RM1.1 bilion: Takiyuddin

Perikatan Nasional menggesa jawatankuasa berkenaan yang bertaraf RCI diketuai oleh bekas hakim mahkamah atasan

4:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Siasatan bertaraf Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), diketuai bekas hakim mahkamah atasan bagi menyiasat perjanjian mega antara kerajaan pusat dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai sebanyak RM1.1bilion

Ketua Whip Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah tegas dan segera perlu diambil jika kerajaan benar-benar serius dan komited dalam usaha memerangi rasuah dan salah laku hingga ke akar umbi.

“Kerajaan tidak boleh berdiam diri atau berlindung di sebalik prosedur dan retorik semata-mata. Rakyat berhak mengetahui kebenaran dan fakta sebenar.

“Angka RM1.1 bilion bukan kecil, selain merupakan dana awam dan melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap integriti sistem pentadbiran kerajaan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan sebuah kementerian.

Laporan tersebut diterima daripada gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan berdasar laporan itu, pengadu mengesyaki bekas menteri kanan dan pegawai kementerian ketika itu terlibat dalam perkara terbabit.

Dikatakan terdapat keraguan mengenai proses rundingan dan kelulusan yang didakwa tidak melibatkan sepenuhnya kementerian serta agensi berkaitan seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Dalam pada itu, menurut Takiyuddin, kerajaan tidak boleh berdiam diri atau berlindung di sebalik prosedur dan retorik semata-mata malah rakyat berhak mengetahui kebenaran dan fakta sebenar.

“Angka RM1.1 bilion bukan kecil, selain merupakan dana awam dan melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap integriti sistem pentadbiran kerajaan.

“Kegagalan bertindak tegas dan telus hanya akan menguatkan persepsi bahawa terdapat usaha untuk menyembunyikan atau melindungi sesuatu atau seseorang,’’ katanya.

Beliau memberitahu, PN akan terus memantau perkara ini secara dekat bagi memastikan prinsip-prinsip ketelusan, akauntibiliti dan integriti ditegakkan tanpa kompromi. – 19 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related