◉ HEADLINES

Kejayaan SJKT Ladang Kinrara bukti pelajar Malaysia miliki daya saing di peringkat global: Ramanan

9:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kejayaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kinrara pada World Youth STEM Invention and Innovation 2026, yang berlangsung di Bangkok, Thailand awal bulan ini, membuktikan pelajar Malaysia memiliki daya saing tinggi untuk mencatat kecemerlangan di persada antarabangsa.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan, pelajar terbabit berjaya merangkul “Gold Award”, “Panel Choice Award” serta pengiktirafan lima teratas bagi kategori ‘Environmental and Sustainability’.

Kejayaan itu, katanya, bukan sahaja membuktikan keupayaan luar biasa dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), malah mencerminkan tahap disiplin, ketekunan dan daya saing yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh memberitahu, penyertaan di pentas antarabangsa menuntut persediaan rapi, keberanian serta keyakinan diri yang kukuh dan kesemua pelajar terbabit membuktikan bahawa mereka memiliki semua kualiti tersebut dengan cemerlang.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian Aarthisha Thiban, Aatheesha Moorthy, Keshwine Elattachan, Arvin Kumar dan Puraarni Vivegan yang telah mengharumkan nama sekolah, bangsa dan negara.

“Saya akan mengundang anak-anak hebat ini untuk bertemu dalam masa terdekat kerana saya sendiri ingin mendengar kisah kejayaan dan pengalaman mereka mengharungi cabaran di pentas dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ramanan menyifatkan kejayaan itu juga sebagai manifestasi hasil sokongan padu dan komitmen berterusan para guru serta ibu bapa dalam memperkasakan bakat dan potensi generasi muda.

“Inilah bukti bahawa pelaburan Kerajaan Madani dalam pendidikan dan STEM akan terus menjadi pemacu pembangunan negara.

“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara, selaras dengan aspirasi kita untuk melahirkan generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya cipta tinggi,” katanya. – 22 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related