◉ HEADLINES

KSU kementerian antara saksi dipanggil berkaitan kes perjanjian RM1.1 bilion

KSU terbabit akan dipanggil memberikan keterangan dalam masa terdekat

3:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil beberapa saksi termasuk Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing, yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.

Sumber memberitahu, tindakan itu diambil selepas SPRM membuka kertas siasatan berkaitan dengan isu ketirisan dana kerajaan membabitkan peruntukan yang besar iaitu RM1.1 billion.

“Berdasarkan maklumat awal, cadangan ini dikatakan tidak mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri namun perjanjian ini dimeterai secara tergesa-gesa,” katanya, lapor Bernama.

Sumber berkata beberapa individu turut didakwa telah diberikan jawatan tinggi dalam syarikat berkenaan selepas meninggalkan kementerian terbabit.

Sehubungan itu, beberapa saksi termasuk KSU kementerian terbabit dijangka dipanggil bagi mendengar penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.

Pada 16 Februari lepas, SPRM membuka kertas siasatan berhubung kes terbabit susulan aduan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa perjanjian itu telah dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

SPRM juga telah bertindak mengambil beberapa dokumen berkaitan perjanjian terbabit daripada Kementerian Ekonomi pada 13 Feb lepas bagi membantu siasatan. – 22 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related