◉ HEADLINES

LRT laluan Kelana Jaya sangkut lagi

Rapid KL berkata sebuah tren terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Kelana Jaya akibat isu teknikal yang menjejaskan kekerapan perjalanan

11:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rutin harian ribuan warga kota sekali lagi terganggu apabila tren LRT Laluan Kelana Jaya mengalami masalah teknikal pagi ini.

Akibatnya ramai penumpang yang bergantung pada laluan tersebut untuk ke tempat kerja dan kelas terpaksa menunggu lebih lama daripada biasa.

Menurut Rapid KL, sebuah tren terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Kelana Jaya akibat isu teknikal yang menjejaskan kekerapan perjalanan.

“Keadaan ini akan menyebabkan perubahan sementara pada kekerapan tren dan penjadualan akan dilaraskan secara automatik.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku,” kata syarikat itu dalam kenyataan.

Gangguan ini bukan kali pertama minggu ini. Beberapa hari lalu, penumpang menghadapi kelewatan pada waktu puncak sehingga menimbulkan rungutan di media sosial.

Ada yang berkongsi pengalaman terpaksa menunggu hampir setengah jam, sementara yang lain bimbang kelewatan menjejaskan masa bekerja.

Situasi ini turut mendapat perhatian kerajaan.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook pada Selasa lalu mengarahkan Prasarana Malaysia Bhd menjelaskan punca gangguan serta mengemukakan pelan pemulihan.

Beliau juga mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat menyiasat dan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat kelemahan operasi yang tidak munasabah. – 27 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related