◉ HEADLINES

PM ucap takziah atas pemergian ibu Mohamad Salim

Perdana Menteri mendoakan agar roh Allahyarhamah Rashida Bibi Noor Mohamad dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan dan ditempatkan dalam kalangan para solihin serta orang-orang yang beriman

2:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din atas pemergian ibunya hari ini.

Dalam hantaran di Facebook rasmi beliau, Perdana Menteri mendoakan agar roh Allahyarham Rashida Bibi Noor Mohamad dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan, dan ditempatkan dalam kalangan para solihin serta orang-orang yang beriman.

“Saya utus ucapan takziah kepada Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din atas pemergian bonda tersayang, Allahyarhamah Hajah Rashida Bibi Noor Mohamad hari ini.

“Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan, kekuatan dan ketenangan kepada Tan Sri Salim serta seluruh keluarga besar dalam menghadapi ujian yang berat ini,” kata Anwar. – 2 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related