◉ HEADLINES

Hamzah sahkan perbincangan untuk pimpin Parti Keluarga Malaysia

Pengasas Parti Keluarga Malaysia dilaporkan berkata laluan sedang dirintis bagi membolehkan Hamzah menerajui parti itu

1:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan perbincangan sedang dijalankan dengan Parti Keluarga Malaysia bagi menerajui parti tersebut, selepas dipecat dari Bersatu pada bulan lepas.

Hamzah yang merupakan bekas Timbalan Presiden Bersatu ketika ditemui di Parlimen berkata, perbincangan tersebut termasuk mengenai perkara melibatkan teknikal.

“Kita sedang berbincang mengenai bagaimana kami mahu mengambil alih.

“Kita dalam perbincangan mengenai perkara-perkara teknikal,” katanya, lapor The Star.

Ditanya sama ada ia bermakna beliau akan menjadi Presiden Parti Keluarga Malaysia, Hamzah sambil tersenyum berkata:

“Bolehkah saya menjadi presiden?”

Sebelum ini, pengasas Parti Keluarga Malaysia, Khairi Jaya dilaporkan berkata laluan sedang dirintis bagi membolehkan Hamzah menyandang jawatan tertinggi parti itu sambil menambah bahawa perbincangan hampir dimuktamadkan.

Khairi berkata, beliau telah bertemu Hamzah dan beberapa lagi Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat, termasuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan sekurang-kurangnya dua kali bagi membincangkan langkah tersebut.

“Perbincangan terbaharu kami berlangsung Khamis lalu. Saya boleh katakan ia 90% dimuktamadkan bahawa Hamzah akan mengambil alih Parti Keluarga Malaysia,” katanya seperti dipetik dari BH.

Menurut Khairi, sebaik sahaja Hamzah dan sekutunya menyertai parti itu, satu pemilihan dalaman akan diadakan bagi membolehkan Ahli Parlimen Larut itu dipilih secara rasmi sebagai presiden, dengan pindaan kepada perlembagaan parti kini sedang dilaksanakan.

Hamzah sebelum ini disebut-sebut akan menyertai Parti Berjasa namun Ketua Penerangan parti berkenaan, Mohd Hamdan Mohd Sharif memaklumkan tidak menerima permohonan daripada Ahli Parlimen Larut itu. – 3 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related