◉ HEADLINES

Fahmi Zainol digugurkan sebagai Exco Pulau Pinang hari ini

Chow Kon Yeow berkata beliau telah bertemu Fahmi awal pagi tadi bagi memaklumkan keputusan tersebut

2:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Exco Pulau Pinang, Fahmi Zainol ditamatkan secara rasmi hari ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Fahmi sebelum ini memegang portfolio Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi.

Menurut Chow, beliau telah bertemu Fahmi awal pagi tadi bagi memaklumkan perkara tersebut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu menerima keputusan tersebut.

Chow berkata, beliau akan mengemukakan cadangan nama bagi menggantikan Fahmi kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, petang ini.

“Selepas itu, pejabat saya akan mengumumkan nama individu yang akan mengisi jawatan tersebut dan menggantikan Fahmi,” katanya.

Pada Ahad, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata Fahmi, yang didakwa atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya digantung serta-merta daripada semua jawatan PKR sehingga kes itu selesai.

“Fahmi Zainol digantung segala jawatan parti berkuat kuasa serta-merta.

“Berhubung jawatan beliau di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya akan menghantar surat kepada Ketua Menteri (Chow Kon Yeow) dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Chow berkata, pihaknya menerima surat daripada Fuziah pada Selasa lalu berhubung penggantungan Fahmi, yang memohon supaya beliau dilucutkan daripada jawatannya sebagai Exco negeri. – 4 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related