◉ HEADLINES

MCMC teliti pelbagai kaedah pengesahan umur had 16 tahun untuk media sosial

Sesi libat urus sudah diadakan dengan penyedia perkhidmatan media sosial seperti Meta, Google dan TikTok bagi menentukan kaedah bersesuaian

8:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti pelbagai kaedah pengesahan umur sebelum pelaksanaan had usia 16 tahun bagi penggunaan media sosial dikuatkuasakan pada suku kedua tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, sesi libat urus sudah diadakan dengan penyedia perkhidmatan media sosial seperti Meta, Google dan TikTok bagi menentukan kaedah bersesuaian.

Proses berkenaan, katanya, dijalankan bersama dengan platform media sosial terlibat melalui regulatory sandbox atau medan uji.

“Di Malaysia kita memang ada (kaedah pengesahan umur seperti) kad pengenalan, pasport serta MyDigital ID.

“Tetapi, pada masa sama, MCMC turut terbuka untuk menerima atau mempertimbangkan kaedah lain untuk pengesahan umur,” katanya, lapor Bernama.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan menyasarkan setiap platform media sosial melaksanakan pengesahan identiti pengguna secara digital (eKYC) menjelang akhir suku kedua 2026, bagi menguatkuasakan had umur minimum 16 tahun untuk pembukaan akaun.

Sementara tu, Indonesia bakal menjadi negara bukan Barat pertama yang melarang akses kepada platform digital berisiko tinggi bagi kanak-kanak di bawah umur 16 tahun bermula 28 Mac ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Hafid berkata, kerajaan telah mengeluarkan peraturan menteri selaras dengan Peraturan Kerajaan (PP) TUNAS, atau Tatakelola untuk Anak Aman dan Sihat Digital, yang mengawal selia pengendali sistem elektronik bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak di ruang digital.

Langkah itu, Meutya berkata termasuk melarang kanak-kanak bawah 16 tahun daripada memiliki akaun di platform berisiko tinggi seperti media sosial dan perkhidmatan rangkaian. – 7 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related