◉ HEADLINES

Belia digesa lebih proaktif sebar maklumat peluang latihan kemahiran – Ramanan

Ramanan berkata masih ramai anak muda termasuk pelajar dan siswazah yang tidak mengambil peluang mempromosikan program latihan atau inisiatif pembangunan kemahiran yang ditawarkan

8:36 PM MYT

 

SUNGAI BULOH — Orang ramai, khususnya golongan belia digesa supaya lebih proaktif menyebarkan maklumat berkaitan peluang latihan kemahiran dan pekerjaan agar lebih ramai dapat memanfaatkan inisiatif yang disediakan kerajaan serta pelbagai pihak.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata masih ramai anak muda termasuk pelajar dan siswazah yang tidak mengambil peluang mempromosikan program latihan atau inisiatif pembangunan kemahiran yang ditawarkan.

“Kita ada banyak inisiatif dan program, contohnya pada hari ini Yayasan Mahir menyediakan pelbagai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sumbangan Bakul Makanan dan Edaran Bubur Lambuk dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) Sutekno Ahmad Belon dan Pengerusi Yayasan Mahir Malaysia Datuk Seri Ganes Palaniapan.

Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata orang ramai yang hadir ke program sedemikian diharap dapat membantu menyebarkan maklumat kepada komuniti setempat supaya lebih ramai mengetahui peluang latihan yang disediakan.

Sebagai contoh, beliau berkata satu program latihan kecerdasan buatan (AI) percuma melibatkan kira-kira 700 peserta pernah dianjurkan di Sungai Buloh dengan kerjasama TalentCorp, walaupun modul seumpamanya di luar negara boleh mencecah kos hingga RM5,000.

Terdahulu, Ramanan menyantuni dan mengagihkan 100 bakul makanan serta bubur lambuk kepada penduduk setempat, khususnya golongan B40 dan keluarga yang berdepan dengan kekangan kewangan.

Program itu turut disusuli dengan kunjungan ke bazar Ramadan bagi mengagihkan 1,000 bungkus bubur lambuk serta duit raya kepada kanak-kanak di kawasan berkenaan. – 7 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related