◉ HEADLINES

Perbicaraan kes salah guna kuasa, penggubahan wang haram Muhyiddin bermula esok

Pihak pendakwaan sebelum ini memaklumkan akan memanggil kira-kira 30 orang saksi termasuk bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

1:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pertuduhan menyalahguna kedudukan melibatkan suapan berjumlah RM232.5 juta dan menerima wang RM200 juta hasil aktiviti haram akan bermula esok, di Mahkamah Tinggi, di sini.

Perbicaraan akan didengar di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin, yang menetapkan 29 hari bagi mendengar kes berkenaan.

Ia dijadualkan pada 9 hingga 11 Mac; 13, 16, 28 dan 29 April; 25 dan 26 Mei.

Mahkamah juga menetapkan perbicaraan pada 6 hingga 10, 13 hingga 17 serta 27 hingga 29 Julai, dan bersambung pada 17 hingga 21 dan 26 serta 27 Ogos ini.

Pihak pendakwaan sebelum ini memaklumkan akan memanggil kira-kira 30 orang saksi.

Antaranya ialah bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan memberikan keterangan sebagai saksi penting pendakwaan.

Pada 22 Ogos lepas, Jabatan Peguam Negara menolak representasi Muhyiddin bagi menggugurkan tujuh pertuduhan terhadapnya.

Muhyiddin, 79, yang ketika kejadian memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Beliau juga berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022. – 8 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related