◉ HEADLINES

Cubaan guling kerajaan: Wan Saiful dipanggil polis

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mendakwa siasatan terhadapnya di bawah Seksyen 124B menimbulkan persoalan besar — adakah kritikan politik dan kempen awam kini boleh dianggap cubaan menjejaskan demokrasi berparlimen

12:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengesahkan beliau dipanggil polis berhubung siasatan cubaan menggulingkan kerajaan, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai tafsiran undang-undang terhadap kebebasan bersuara dan demokrasi.

Dalam kenyataan semalam, beliau berkata tidak jelas tujuan panggilan itu, namun dimaklumkan ia berkait Seksyen 124B Kanun Keseksaan — peruntukan yang merujuk kepada aktiviti ganas tidak berperlembagaan untuk menggulingkan institusi Parlimen.

“Saya tertanya-tanya, adakah ini cubaan untuk mengaitkan pembangkang dengan isu ini?” katanya, sambil menambah beberapa rakan dari dunia akademik dan NGO turut dipanggil memberi keterangan.

Wan Saiful percaya siasatan itu berpunca daripada laporan polis yang tular di internet, mendakwa wujud perbincangan antara keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin dengan firma asing bagi menggunakan media antarabangsa untuk tujuan tertentu. Beliau mendakwa laporan itu dibuat oleh seorang editor media yang juga menjalankan perniagaan konsultansi perhubungan awam.

Menurutnya, editor berkenaan pernah menawarkan khidmat PR kepada balu Allahyarham, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, namun ditolak.

“Saya tidak menolak kemungkinan laporan polis ini dibuat sebagai tindak balas kepada penolakan itu,” katanya.

Wan Saiful mempersoalkan bagaimana aktiviti media atau kempen awam boleh diklasifikasikan sebagai cubaan menjejaskan demokrasi berparlimen.

“Adakah kritikan terhadap kerajaan atau kempen politik juga akan dianggap kesalahan?” soalnya, merujuk kebimbangan lama pembangkang bahawa takrifan longgar Seksyen 124B boleh disalah guna.

Beliau turut memberi amaran bahawa tindakan sebegini boleh menjejaskan kepercayaan terhadap media, yang sepatutnya menjadi ‘tiang keempat demokrasi’.

“Semua rakyat Malaysia berhak membela diri dan membetulkan naratif secara sah melalui saluran media,” katanya. – 11 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related