◉ HEADLINES

PM umum tiada rumah terbuka Aidilfitri tahun ini, kerajaan ambil langkah berjimat

Ini memberikan satu mesej supaya perbelanjaan lebih cermat dan sederhana, kata Anwar

5:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan mengadakan rumah terbuka sempena perayaan Aidilfitri ini dan semua lawatan ke luar negara akan dihadkan sebagai langkah penjimatan, susulan konflik yang melanda Asia Barat ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kabinet bersetuju bahawa tiada agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini.

“Sebagai petanda supaya pimpinan memulakan langkah yang lebih positif, saya telah memutuskan bersama Jemaah Menteri supaya semua agensi kerajaan, GLC dan GLIC tidak akan menganjurkan perayaan rumah terbuka Aidilfitri.

“Ini memberikan satu mesej supaya perbelanjaan lebih cermat dan sederhana,’’ katanya pada sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Anwar turut menjelaskan, langkah berjimat cermat itu merupakan langkah waras bagi mengelakkan negara terjebak dalam keadaan yang lebih parah.

“Ada yang bertanya kalau keadaan terkawal dan barang-barang keperluan seperti minyak dan gas itu masih boleh disediakan dan mencukupi, apa keperluan kita waspada dan berjimat? Saya kata, ini langkah waras bagi kita supaya jangan kita nanti terjebak dengan keadaan yang lebih parah,’’ katanya.

Pesawat Airbus A330-300 dengan nombor penerbangan MH8503 dari Jeddah membawa 163 rakyat Malaysia yang dievakuasi dalam Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.32 tengah hari tadi. – Gambar Bernama, 11 Mac, 2026

Dalam pada itu, Anwar berkata operasi membawa pulang rakyat Malaysia di Asia Barat akan diteruskan jika keadaan memerlukan.

“Tapi kita tentunya akan pantau kerana sebahagian besar daripada mereka telahpun mampu menggunakan jalur biasa penerbangan dan pulang dengan selamat dan begitu juga rencana yang lain yang akan terus mengambil pesawat yang sedia ada,’’ katanya.

Terdahulu, seramai 163 rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di beberapa negara di rantau Asia Barat selamat tiba di tanah air pada 12.32 tengah hari tadi.

Menurut Kementerian Luar, kumpulan itu merangkumi jemaah umrah dari Arab Saudi serta rakyat Malaysia dari Qatar, Jordan dan Syria, yang terjejas susulan gangguan jadual penerbangan serta penutupan ruang udara di rantau berkenaan.

Penerbangan sewaan khas Malaysia Airlines MH8503 bagi Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat yang berlepas dari Jeddah awal pagi ini turut membawa tujuh ahli keluarga bukan warganegara, iaitu lima rakyat Thailand, serta masing-masing seorang warga Indonesia dan Maghribi. – 11 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related