◉ HEADLINES

DBKL kurangkan sewa tapak penjaja 50% hingga akhir tahun 2027

Pengurangan kadar sewa berkenaan akan bermula mulai 1 April sehingga Disember 2027

12:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan pengurangan kadar sewa sebanyak 50 peratus bagi tapak penjaja dan premis tertentu di bawah seliaannya bermula 1 April ini hingga 31 Disember tahun depan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, inisiatif yang bakal memberi manfaat kepada 10,000 penyewa itu menjadikan DBKL antara pihak berkuasa tempatan pertama yang melaksanakan pengurangan kadar sewa menyeluruh pada skala besar.

Langkah tersebut, katanya bagi membantu peniaga kecil yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang turut memberi kesan kepada kenaikan harga minyak dunia serta kos logistik.

“Ini bermakna keluarga yang membeli makanan untuk dimasak setiap hari akan merasai kelegaan sebenar dalam perbelanjaan isi rumah mereka, dan pelanggan di seluruh Kuala Lumpur juga akan mendapat manfaat.

“Pengurangan ini melibatkan potongan sebanyak 50 peratus dengan kadar sewaan minimum ditetapkan pada RM50 sebulan.

“Saya berharap inisiatif ini akan diterima baik oleh para penjaja,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Penjaja Bandar Seri Permaisuri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud ketika menjelaskan perkara itu berkata, bagi premis yang mempunyai kadar sewa RM50 dan ke bawah, kadar sewaan tersebut akan dikekalkan tanpa sebarang pengurangan.

“Ini bermakna walaupun diberikan potongan 50 peratus, penyewa tidak akan membayar kurang daripada RM50 sebulan.

“Bagi premis yang mempunyai kadar sewa RM50 atau kurang, kadar sewaan tersebut akan kekal tanpa sebarang perubahan,’’ katanya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, penyewa perlu terlebih dahulu menjelaskan sebarang tunggakan sedia ada sebelum layak menerima pengurangan kadar sewa berkenaan. – 14 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

The Formula for F1’s return to Sepang – Dr Helmy Haja Mydin

The biggest race turnout at the SIC to date is enough cause to consider a resurrection of the Malaysian GP

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Shadow AI in public sector raises questions over governance and data security – KV Soon

Concerns emerge over the use of AI agents linked to an official work email, highlighting the need for stronger oversight, accountability and safeguards

◉ Related