◉ HEADLINES

Muhyiddin nafi Bersatu mahu wujud hubungan rapat dengan PH

Muhyiddin menyifatkan ia sebagai tuduhan liar yang tidak berasas serta berniat jahat semata-mata untuk menjejaskan keharmonian dalam parti Bersatu dan antara parti-parti anggota Perikatan Nasional

2:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sekeras-kerasnya tohmahan bahawa parti tersebut sedang mewujudkan hubungan rapat dengan Pakatan Harapan (PH).

Perkara berkenaan, katanya tidak pernah dibincangkan di mana-mana peringkat Bersatu termasuk dalam Majlis Pimpinan Tertinggi yang menentukan dasar dan hala tuju parti.

“Ini adalah tuduhan liar yang tidak berasas serta berniat jahat semata-mata untuk menjejaskan keharmonian dalam parti Bersatu dan antara parti-parti anggota Perikatan Nasional.

“Bersatu mempunyai prinsip perjuangan yang jelas dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara serta membela kebajikan rakyat,’’ katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Semalam, bekas Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa ada kumpulan dalam parti itu mahu membawa Bersatu lebih dekat dengan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Hamzah, kumpulan itu melibatkan individu yang mempunyai kaitan dengan PKR namun beliau tidak menamakan pihak yang dimaksudkan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerjasama Bersatu dengan mana-mana parti lain adalah berpandukan prinsip yang jelas ini.

“Atas prinsip inilah Bersatu telah mengasaskan Perikatan Nasional (PN) bersama PAS dan kemudiannya dianggotai oleh Gerakan dan MIPP,’’ katanya.

Beliau berkata, PN adalah wadah terbaik untuk Bersatu merealisasikan perjuangannya dan parti itu tidak pernah berganjak daripada pendirian ini.

“Fokus Bersatu pada masa ini adalah untuk memperkukuhkan parti dan memperkuatkan Perikatan Nasional dalam menghadapi PRU-16,’’ katanya. – 16 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related