◉ HEADLINES

Penjawat awam rugi RM160,000 terpedaya skim pelaburan tidak wujud

Suspek yang disyaki menguna kad pengenalan palsu telah menghubungi mangsa melalui media sosial dan berhubung hanya melalui WhatsApp

12:26 PM MYT

 

KUANTAN — Seorang penjawat awam kerugian lebih RM160,000 akibat terperdaya sindiket pelaburan tidak wujud setelah berkenalan dengan seorang wanita melalui media sosial, awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Maran Superintenden Wong Kim Wai berkata suspek menawarkan peluang pelaburan selepas sebulan berkenalan menerusi Facebook dan mendakwa dirinya mampu membantu dalam urusan pengeluaran keuntungan.

“Pada peringkat awal, mangsa menerima pulangan RM2,000 sebelum suspek terus meminta bayaran tambahan termasuk RM57,000 dan RM10,000 dengan pelbagai alasan tanpa sebarang pulangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wong berkata mangsa yang menggunakan wang simpanan dan pinjaman daripada ahli keluarga serta bank telah melakukan lapan transaksi ke lima akaun syarikat dari 12 Feb hingga 4 Mac. 

“Sepanjang tempoh itu, mangsa hanya berhubung dengan suspek melalui WhatsApp dan panggilan video selain nombor kad pengenalan diberikan wanita itu disyaki palsu,” katanya. 

Wong berkata usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada terhadap kenalan dalam talian yang menawarkan pelaburan dengan pulangan lumayan dalam masa singkat. – Mac 20, 2026

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related