◉ HEADLINES

Indonesia sekat penggunaan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun mulai hari ini

Langkah berkenaan menjadikan Indonesia sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melarang kanak-kanak daripada mempunyai akaun di YouTube, TikTok, Facebook, Instagram, Threads, X, Bigo Live dan Roblox

1:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini, Indonesia secara rasmi menyekat penggunaan media sosial untuk pengguna di bawah umur 16 tahun daripada mengakses platform digital yang boleh mendedahkan mereka kepada pornografi dalam talian, buli siber, penipuan dan ketagihan internet.

Langkah berkenaan menjadikan Indonesia sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melarang kanak-kanak daripada mempunyai akaun di YouTube, TikTok, Facebook, Instagram, Threads, X, Bigo Live dan Roblox.

Ia mengikut jejak yang diambil oleh Australia pada tahun lalu yang melaksanakan larangan akses kepada media sosial untuk kanak-kanak, iaitu yang pertama di dunia, sebagai usaha melindungi mereka.

Menteri Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Digital, Meutya Hafid berkata, pelaksanaan sekatan ini akan dilakukan secara berperingkat sehingga semua platform mematuhi peraturan tersebut.

Dalam sidang media pada Jumaat, Meutya berkata X telah komited untuk mula mengenal pasti dan menyahaktifkan akaun milik bawah umur bermula 28 Mac, manakala Roblox telah memaklumkan kerajaan tentang rancangan untuk menyediakan mod luar talian bagi pengguna di bawah umur 13 tahun.

Ketika mengumumkan peraturan baharu itu pada awal Mac, Meutya memberitahu, peraturan itu akan melibatkan kira-kira 70 juta kanak-kanak di Indonesia, iaitu sebuah negara dengan populasi sekitar 280 juta orang.

Menurut Meutya, platform digital berisiko tinggi dikenal pasti berdasarkan faktor seperti betapa mudahnya kanak-kanak terdedah kepada orang tidak dikenali, pemangsa berpotensi dan kandungan berbahaya secara umum, serta tahap risiko eksploitasi dan penipuan keselamatan data.

Namun beliau mengakui bahawa pelaksanaan peraturan baharu ini — walaupun dilakukan secara berperingkat seperti dirancang — akan menjadi sukar.

Ini kerana, untuk mendapatkan platform digital untuk mematuhi peraturan dan kemudian memastikan mereka melaporkan penyahaktifan akaun pengguna di bawah umur 16 tahun bukanlah sesuatu yang mudah.

“Ini sememangnya satu tugas yang mencabar. Tetapi kita mesti mengambil langkah untuk menyelamatkan anak-anak kita.

“Ia bukan mudah. Namun begitu, kita mesti terus melaksanakannya,’’ katanya.

Sementara itu, menerusi video sidang media itu dimuat naik dalam akaun Youtube kementerian berkenaan, Meutya memberitahu kerajaan tidak akan berkompromi mengenai mengenai pematuhan dan menegaskan bahawa semua platform digital yang beroperasi di Indonesia mesti mematuhi undang-undang negara.

“Kami menekankan bahawa setiap entiti perniagaan yang beroperasi di Indonesia wajib mematuhi undang-undang negara ini,’’ ujarnya.

Mengulangi pendirian penguatkuasaan kerajaan, Meutya menegaskan pihak berkuasa mempunyai kuasa penuh untuk bertindak terhadap platform yang tidak mematuhi undang-undang sedia ada.

“Kerajaan mempunyai kuasa untuk mengambil langkah penguatkuasaan mengikut undang-undang dan peraturan yang terpakai,” katanya. – 28 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

◉ Related