◉ HEADLINES

Istana Pahang nafi kewujudan media sosial peribadi milik Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang menegaskan bahawa semua akaun berkenaan adalah palsu dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam media sosial palsu

8:26 PM MYT

 

KUANTAN – Istana Pahang menafikan kewujudan sebarang media sosial peribadi milik Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di Facebook memaklumkan baginda tidak mempunyai sebarang akaun media sosial yang dilihat banyak dihasilkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambar Al-Sultan Abdullah untuk memperdaya orang ramai.

“Begitu juga dengan akaun palsu terutamanya Facebook dan TikTok menggunakan nama dan gambar Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,” menurut hantaran itu. 

Istana Pahang menegaskan bahawa semua akaun berkenaan adalah palsu dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam media sosial palsu. 

Orang ramai juga diminta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menerima pelawaan atau kandungan mencurigakan.

Menurut hantaran itu, semua aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan menerusi platform media sosial Kesultanan Pahang, dan di Facebook hanya satu akaun sah Kesultanan Pahang dengan kira-kira 772,000 pengikut ketika ini. – 29 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

◉ Related