◉ HEADLINES

MALBATT 850-13 diarah henti pergerakan operasi di Lubnan

Ia susulan dua insiden berasingan dalam tempoh 24 jam melibatkan pasukan pengaman UNIFIL termasuk letupan projektil berhampiran Adchit Al Qusayr dan letupan IED yang melibatkan kontinjen INDOBATT

2:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasukan pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 diarahkan untuk tidak melaksanakan sebarang pergerakan operasi buat masa ini sebagai langkah berjaga-jaga selaras dengan arahan Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia susulan situasi terkini keselamatan di Selatan Lubnan berikutan dua insiden serangan dalam tempoh 24 jam melibatkan pasukan pengaman UNIFIL termasuk letupan projektil berhampiran Adchit Al Qusayr dan letupan IED yang melibatkan kontinjen INDOBATT.

Khaled berkata, Kementerian Pertahanan memandang serius perkara itu kerana ia telah mengorbankan beberapa anggota pengaman serta menyebabkan kecederaan serius.

Pada masa ini, katanya, semua anggota MALBATT 850-13 disahkan berada dalam keadaan selamat.

“Tahap keselamatan turut dipertingkat kepada semua kontinjen di kawasan misi, termasuk penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP), Rules of Engagement (ROE), pemberhentian sementara rondaan dan langkah Force Protection yang lebih ketat.

“Keselamatan anggota tetap menjadi keutamaan kerajaan, dengan segala penugasan dan pergerakan dilaksanakan secara berhati-hati berdasarkan penilaian situasi semasa serta arahan operasi UNIFIL,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, dua anggota pengaman Indonesia di bawah UNIFIL terbunuh dalam satu letupan di selatan Lubnan, insiden maut kedua dalam tempoh kurang 24 jam ketika pertempuran antara Israel dan Hezbollah terus memuncak.

UNIFIL dalam kenyataan mengesahkan, kenderaan unit berkenaan musnah akibat letupan yang puncanya masih belum dikenal pasti.

Dalam pada itu, Khaled berkata, Kementerian Pertahanan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar anggota yang cedera segera sembuh. – 31 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related